Menambahkan lagi bencana bila EISB melantik kontraktor luar sebagai subkontraktor. Mereka menggunakan pekerja asing dalam perkhidmatan mereka. Mereka menggunakan lori-lori terpakai, rebuilt, recond dan yang tidak sesuai. Mereka tidak melaksanakan KPI yang diwar-warkan sebelum ini. Hampir setiap hari rungutan-rungutan penduduk/pembayar cukai berkumandang di radio, akhbar dan blog. Kini, Alor Setar sudah berada pada tahap kebersihan yang amat memalukan. (TV1 Berita 2/2/10)
Pengambilalihan negeri Kedah selesai pada 1/1/10. Masalah kebersihan tidak jugak selesai. Hampir semua PBT yang diambilalih tidak berpuashati dengan perkhidmatan EISB. Kelemahan utama mereka adalah disebabkan sikap pengurusan mereka yang terlalu angkuh dan sombong. Mereka gagal kerana mereka tidak berpengalaman dalam industri ini. Mereka gagal memperbaiki kelemahan kerana mereka terlalu yakin pada diri sendiri yang tidak seberapa dan mereka memandang rendah pandangan dan teguran pihak lain.
Mereka tidak melaksanakan kerja-kerja mengikut jadual. Mereka memperbodohkan pegawai PBT dengan melaksanakan kerja di jalan-jalan utama sahaja. Sedangkan sebahagian besar kawasan mereka abaikan. Rumput meninggi, sampah bertimbun, longkang tersumbat dan jalan berselerak dengan sampah.
Yang menambahkan kekusutan, mereka mempergunakan kedudukan mereka untuk menindas kontraktor yang teringin bekerjasama dengan mereka. Mereka mengada-adakan peraturan pendaftaran subkontraktor yang mengenakan bayaran RM50.00. Mereka mempergunakan kontraktor untuk mendapatkan maklumat tempatan tanpa niat untuk melantik kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar dengan mereka. Mereka tiada keikhlasan dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang dianugerahkan kerajaan persekutuan. Mereka melantik kontraktor-kontraktor kroni yang tidak berkelayakan tanpa tender atau pemilihan yang adil. semua kontraktor yang dipilih amat diragui kebolehan mereka.
Dahulu mereka mewar-warkan kriteria pemilihan bahawa sesebuah syarikat kontraktor akan dinilai dari aspek kewangan, pengalaman, logistik dan bumiputera. Malangnya realitinya perkara yang sebaliknya berlaku. Pegawai-pegawai mereka bertindak seolah-olah mereka bergaji terlalu rendah sehinggakan ke tahap meminta-minta daripada kontraktor. Mungkin SPRM wajar meninjau sendiri apakah sebenarnya yang sedang berlaku.
Pada 1/2/10, Perlis dan Langkawi diambilalih. Kini, kerajaan Perlis mungkin baru tersedar bahawa mereka sudah tersalah langkah. Namun segalanya sudah terlambat. Imej
perlis sebagai pintu masuk utama negara akan terjejas apabila masalah sampah terus menerus gagal diatasi. Langkawi tidak terkecuali, pulau pelancongan ini bakal tenggelam dengan sampah menyebabkan exco pelancongan negeri sudah mula khuatir sehinggakan mereka bercadang untuk memasang cctv di hotspot sampah. (BH 4/2/10)
Mungkin JPSPN dan KPKT sepatutnya memantau dengan ketat apa yang sedang berlaku sebelum rakyat mula naik angin dengan KPI yang entah apa-apa ini.
No comments:
Post a Comment